← Kembali ke SiswaCap

Berkuat kuasa 10 Oktober 2026

Terma perkhidmatan

Dengan menggunakan SiswaCap (siswacap.my dan app Android serta iOS), anda bersetuju dengan terma ini. Pembelian Premium juga tertakluk kepada terma Premium (laman web) atau terma langganan app.

Siapa kami

SiswaCap (Siswa Capital) ialah projek pendidikan oleh pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal, UiTM. Kami bukan pengurus dana, broker atau penasihat pelaburan berlesen, dan tidak bergabung dengan mana-mana broker, bursa atau badan rasmi yang disebut.

Pendidikan sahaja

Penggunaan yang dibenarkan

Alat AI dan integriti akademik

Alat Pelajar, Semak Kertas, Tanya AI dan alat AI lain membantu anda belajar dan membaiki kerja sendiri. Anda bertanggungjawab atas apa yang anda hantar kepada pensyarah. Ikut dasar integriti akademik universiti anda, isytiharkan penggunaan AI jika diminta, dan jangan hantar hasil AI sebagai kerja anda sendiri. Baca penafian AI.

Kandungan anda

Bahan yang anda muat naik kekal milik anda. Kebanyakannya disimpan dalam peranti anda sahaja. Apabila anda menggunakan ciri AI, kandungan dihantar untuk diproses seperti diterangkan dalam dasar privasi dan tidak disimpan di pelayan SiswaCap.

Ketersediaan

Kami berusaha memastikan SiswaCap sentiasa tersedia, tetapi perkhidmatan diberikan "seadanya". Ciri boleh berubah, dihentikan sementara atau ditambah. Ciri AI bergantung pada penyedia luar dan boleh menjadi sibuk.

Had tanggungjawab

Setakat yang dibenarkan undang-undang, SiswaCap tidak bertanggungjawab atas kerugian pelaburan, markah tugasan, atau keputusan lain yang dibuat berdasarkan kandungan atau hasil alat dalam laman dan app ini.

Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Kami boleh mengemas kini terma ini; tarikh berkuat kuasa di atas akan diubah.

Hubungi

E-mel hello@bijaklabur.my atau hantar melalui Ruang soalan.

Hanya belajar melabur, bukan pusat untuk melabur. Ini bukan nasihat kewangan. DYOR (Do Your Own Research).

Cara ia berfungsi · Dasar privasi · Terma perkhidmatan · Polisi bayaran balik · Penafian AI · hello@bijaklabur.my