← Kembali ke SiswaCap

Dikemas kini 10 Oktober 2026

Penafian AI

SiswaCap menggunakan model AI dalam Tanya AI Fiqh, Semak Kertas, Alat Pelajar, Buku Nota AI, Kerjaya AI, Studio Gambar AI dan AI Coach. AI berguna, tetapi boleh tersilap. Baca had-hadnya sebelum bergantung pada hasilnya.

AI boleh tersilap

Apa yang kami lakukan untuk mengurangkan kesilapan

Anggaran, bukan bukti

Bukan nasihat profesional

Hasil AI bukan nasihat kewangan, pelaburan, perundangan, perubatan atau fatwa. Untuk hukum syarak, rujuk jabatan mufti negeri anda. Untuk pelaburan, rujuk penasihat berlesen dan buat kajian sendiri.

Integriti akademik

Alat ini dibina untuk membantu anda memahami, mengulang kaji dan membaiki kerja sendiri, bukan untuk menghasilkan tugasan bagi pihak anda atau menyembunyikan penggunaan AI. Ikut dasar universiti anda dan isytiharkan penggunaan AI jika diminta.

Data yang dihantar kepada AI

Kandungan yang anda hantar diproses oleh penyedia model AI melalui pelayan SiswaCap dan tidak disimpan di pelayan kami. Sesetengah penyedia boleh menggunakan data pelan percuma untuk menambah baik produk mereka, jadi jangan masukkan maklumat sulit atau peribadi. Butiran dalam dasar privasi.

Laporkan kesilapan

Jumpa hasil yang salah atau berbahaya? Hantar maklum balas atau e-mel hello@bijaklabur.my.

Hanya belajar melabur, bukan pusat untuk melabur. Ini bukan nasihat kewangan. DYOR (Do Your Own Research).

Cara ia berfungsi · Dasar privasi · Terma perkhidmatan · Polisi bayaran balik · Penafian AI · hello@bijaklabur.my